Wednesday, 24 May 2017

Lirik Lagu Despacito (Malay Female Version)

Pergi
Siapa yang katakan aku tak sudi
Jangan cuba kau bohong lagi

Benci
Tidak pernah ku lafaz walau sekali
Dengar penjelasanku ini

Ohh..Ku..
Pasti mengharapkan lebih darimu
Kenali amanah dalam hidupmu
Salahkah ku pilih yang terbaik untukku

Hmmm...Ohh..Ya..
Sengaja caraku putus tidak formal
Selepas ini mungkin akan lebih jelas
Apa yang membuat hatiku tertutup

Ku keliru
Jujur aku katakan aku keliru
Sejak pertama kali kita bertemu
Ku fikir ku tahu apa yang ku mahu
Ku keliru
Buat keputusan yang terburu-buru
Terima lamaran tanpa fikir dulu
Sememangnya ada niat tuk beritahu

Jodoh dan pertemuan ini bukan mainan
Bukan senang tuk putuskan
Semua demi kebaikan
Jodoh dan pertemuan ini Tuhan tentukan
Segalanya suratan
Dia yang menjadi pilihan

Pada awalnya engkau pilihan
Untuk teman kehidupan
Untuk bina masa depan
Untuk hari kemudian
Tapi bagaimana engkau ingin mengimamkan
Kalau satu fardhu pun tak pernah kau kerjakan
Tapi bekas kasih aku buat perubahan
Got up get up walkaway
Dari segala yang diharamkan
Sehingga dekatkan dirinya kepada Tuhan
Itulah ciri-ciri pasangan yang ku idamkan

Berkesah berkeluh
Bila tiba Subuh
Zohor ke Asar
Saja kau biarkan
Dan aku doakan
Kau temu keinsafan
Agar satu hari berlakunya perubahan

Berkesah berkeluh
Bila tiba Subuh
Maghrib ke Isyak
Saja kau tinggalkan
Dan aku doakan
Kau temu keinsafan
Namun sudah cukup aku beri kesempatan
Sayang..

Ku keliru
Jujur aku katakan aku keliru
Sejak pertama kali kita bertemu
Ku fikir ku tahu apa yang ku mahu
Ku keliru
Buat keputusan yang terburu-buru
Terima lamaran tanpa fikir dulu
Sememangnya ada niat tuk beritahu

Jodoh dan pertemuan ini bukan mainan
Bukan senang tuk putuskan
Semua demi kebaikan
Jodoh dan pertemuan ini Tuhan tentukan
Segalanya suratan
Dia yang menjadi pilihan

Ku keliru
Jujur aku katakan aku keliru
Sejak pertama kali kita bertemu
Ku fikir ku tahu apa yang ku mahu

Berkesah berkeluh
Bila tiba Subuh
Zohor ke Asar
Saja kau biarkan
Bukan senang tuk putuskan
Semua demi kebaikan

Berkesah berkeluh
Bila tiba Subuh
Maghrib ke Isyak
Saja kau tinggalkan
Segalanya suratan
Dia yang menjadi pilihan

Inkognito


No comments:

Post a Comment

LITMATCH

 HELLO, I HOPE YOU GUYS DOING FINE. So today i would like to share my experience on using apps which is LITMATCH. Dia ala ala wechat jugak l...